03

Mar
2016

Taman Tema yang menarik di Malaysia

Posted By : tri-vago/ 46 0
  1. Lost World of Tambun, Perak
Lost World of Tambun – Malaysia
Lost World of Tambun – Malaysia

Bagi anda yang ingin merasakan Water Park ala-ala penuh pengembaraan, di sinilah tempatnya.  Di Lost World of Tambun anda berpeluang bermandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti pernuh cabaran kerana Taman Tema ini menyediakan perlbagai aktiviti dengan penuh pengembaraan yang pasti membuatkan anda berasa tercabar dan terhibur seolah-olah anda berada di zaman Purba. Taman Tema ini bertempat di luar kawasan bukit batu kapur purba dan mendapat direndam dari atas oleh baldi tipping gergasi. Anda benar-benar akan merasakan ianya merupakan satu pengembaraan. Bukan itu sahaja Taman tema ini menerapkan pelbagai konsep yang dapat menarik ramai pengunjung datang ke sini . Antara aktiviti yang menarik ialah seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bayn Cliff Racer dan lain lagi. Malahan pengunjung juga berpeluang mempelajari sejarah perlombongan biji timah yang terkenal suatu ketika dahulu di Perak di Tin Valey  dan menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adeventure park . Berikutnya juga, pengunjung berpeluang merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Harga tiket mengkiut pakej yang ditetapkan.

Ticket Inclusive Access to:

  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Water Park
  • Lost World Tiger Valley
  • Lost World Petting Zoo
  • Lost World Tin Valley
  • Lost World Hot Springs & Spa
  • Lost World Lupe’s Adventure

Link: http://sunwaylostworldoftambun.com

 

 

  1. LEGOLAND, Johor
LEGOLAND, Johor , Taman Tema yang menarik di Malaysia
LEGOLAND Johor

 

Legoland  merupakan antara Taman Tema yang dikategorikan sebagai Taman Tema  terbesar di dunia yang menawarkan 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Di dalam taman tema ini juga diletakkan leih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan  kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun. Taman Teman ini menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak  keran setiap permainan yang disediakan amat menarik dan menguju minda  kanak-kanak. Sebagai contoh , terdapat Build-A-Raft River  yang  meminta kanak-kanak membina rakit sendiri menggunakana kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga mengikiut pakej yang ditetapkan.

Link: http://www.legoland.com.my/ms-MY/

 

 

  1. A Famosa Water World, Melaka
A Famosa Water World, Melaka , Taman Tema yang menarik di Malaysia
Afamosa Waterpark

 

Taman Tema yang sangat popular dan dilengkapi  rekreasi dan permainan air yang  menepati tahap antarabangsa.  Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggu 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah   seperti kawaan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. .Safari Wonderland pula memebri peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan lair dlam habitat yang asal  manakala bangunan berkonsepkan Wild west membuatkan anda seolah-olah engembara di dunia koboi. Harga tiket untuk masuke ke taman tema ini bergan tung pada pakej yang di tawarkan oleh pihak resort. Harga discount kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan ketinggian  90 cm dikategorikan bawah caj kanak-kanak.

Link : http://www.afamosa.com/theme-park/water-theme-par/

 

  1. ESCAPE Teluk Bahang, Pinang

 

penang-escape-theme-park-tubby-racer-, Taman Tema yang menarik di Malaysia
penang-escape-theme-park-tubby-racer-2

 

ESCAPE merupakan destinasi yang penuh dengan keseronokan. Taman Tema ini berkonsepkan permainan yang dihoskan dalam persekitaran yang semula  jadi.  Taman Tema ini memperkenalkan permainan yang berlandaskan buatan sendiri dan realiti  dengan teknologi rendah tanpa menerapkan permainan yang berkonsepkan elektronik. Hal ini demikian pengunjung dapat merasakan sendiri permainan yang berkonsepkan kendiri dan bermain sendiri  dan bukannya atas bantuan permainan elektonik yang mampu bergerak secara automatik. Semestinya ESCAPE menjanjikan tiada had umur untuk menikmati keseronokan kerana permainan yang direka  mengikut pelbagai peringkat umur dan tahap kemampuan seseorang itu. Harga bergantung kepada kategori kumpulan anda dan mengikut pakej yang ditetapkan.

Link: http://escape.my/

 

 

5.  DESA Waterpark, Kuala Lumpur

Desa Waterpark, Taman Tema yang menarik di Malaysia
Desa Waterpark

 

Mungkin dalam kalangan  rakyat  Malaysia sendiri mereka tidak perasan dengan  kewujudan  taman tema ini. Tahukah anda, taman tema ini merupakan antara taman tema  yang harga tiketnya tidak terlalu mahal dan berpatutan. Dengan tarikan seperti Surf Shark , anak anda  dapat bermain gelongsor air yang berkonsepakn tropika dengan rekabentuk yang menarik.  Malahan , anda sekelaurga dapat ,enikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dala jakuzi . Bagi golongan dewasa pulam terdapat Shock Wave yang menghasilkan omak setinggi 1.5  meter yanga gak mencabar  kekuatan fizikal dan mental anda.

Link : http://www.desawaterpark.com.my/

 

  1. Sunway Lagoon di Petaling Jaya
Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Taman Tema yang menarik di Malaysia
Sunway Lagoon di Petaling Jaya

 

Sunway Lagoonterdiri daripada dua bahagian utama, iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di kawasan tengah. Waters of Africa bercirikan tiga jenis gelongsor air dalam kawasan bermotif Afrika, iaitu “Congo Challenge” (gelongsor lumba berlorong enam), “Cameroon Climb” (dua gelongsor ulang-alik), African Pythons (tiga batang tiub berliku), ketiga-tiganya dinaiki dari cenuram buatan di bahagian barat laut taman. Selain itu, kawasan “Rain Fortress” dan “Kalahari Kids” yang dibuka pada tahun 2005, merupakan tempat bermain air khas untuk kanak-kanak yang terletak di timur kawasan tiga gelongsor air tersebut, tidak lupa juga kolam renang “Lake Kariba” yang terletak di bahagian timur laut taman, berhampiran tangga keluar masuk dari celah Sunway Hotel. Di tengah-tengah taman air terletaknya “Surf Beach” (dahulunya “Jeffrey’s Bay”), sebuah kawasan pantai buatan atas tasik yang dikhususkan untuk kegiatan luncur air dalam sempadan tertentu. Ombak buatan dihasilkan dari sebuah penjana gergasi dari latar gunung berapi buatan. Surf Beach dihebohkan sebagai “Pantai Luncur Air Tertutup Terbesar di Dunia” yang juga mempunyai “Penjana Ombak Terbesar di Dunia”. Kegiatan luncur air terhad kepada kawasan berjubin biru muda yang ditutupi oleh dua batang jambatan konkrit yang menyambung kawasan daratan dengan gunung berapi; kawasan tasik yang selebihnya adalah kawasan larangan berenang. Selain meluncur air, tempat ini juga sesuai untuk berenang atau bermain air (di tepi pantai sahaja), ataupun mengadakan acara hiburan. Yang terbaru, rasai keseronokkan yang tidak terhingga dengan mencuba dua permainan baru iaitu Vuvuzela ( Gelongsor air terbesar di dunia)dan Waterplex D pertama seumpamanya di dunia.

Link : http://sunwaylagoon.com/

 

Taman Tema dijangka buka di Malaysia

  1. 20th Century Fox Theme Park di Genting Highlandsm, Pahang

Taman tema ini akan dibuka pada tahun 2016 yang merupakan taman Fox pertama di dunia dan masih dalam pemmbinaan. Taman tema baru ini akan mempunyai permainan dan tarikan berdasarkan filem seperti Ice Age, Life of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum.

 

  1. Upin dan Ipin Theme Park di Sepang, Kuala Lumpur

Kartun animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia akan membuka taman tema pada tahun 2015/2016 yang berkonsepkan Disneyland.

 

  1. Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) ini adalah satu projek yang paling unik yang sedang dijalankan dengan landskap riadah dan pelancongan di Malaysia. Akan disiapkan pada 2016, MAPS menawarkan 40 tarikan dalam 6 zon bertemakan DreamWorks Adventure Zone yang menampilkan Mr Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Caspter The Friendly Ghost, termasuklah The Smurfs Live Animation Attractions, Home of BoBoiBoy, Malaysia Tallest Drop Tower dan banyak lagi.  Ianya masih dalam pembinaan.

 

  1. Langkawi Eco Theme Park di Langkawi ,Kedah

Akan dibuka pada 2015/2016 taman tema ini akan ada pusat membeli belah dengan hotel butik di Gunung Machinchang. Satu tarikan utama di taman tema ini adalah penerbangan Omnidome 3D dengan kerjasama National Geographic dan dinamakan Flight Over Langkawi.

 

  1. Jurassic Park, Melaka

Nampak seperti dinosaur dalam Jurassic Park datang ke Malaysia. Taman Tema dinosaur di Dataran 1Malaysia Klebang ini akan menjadi Jurassic Park pertama di Asia.

 

  1. Ocean Quest Marine Theme Park and Ocean Splash Water Park, Johor

Taman tema yang akan dibuka di Desaru ini adalah sebuah taman laut interaktif dan memberi tumpuan kepada spesis terancam. Ocean Splash akan menjadi taman air kualiti antarabangsa dan sangat

 

  1. Bangi Waterpark, Selangor

Dikatakan mempunyai slide paling panjang di dunia. Sedang dalam pembinaan.

 

 

 

 

Leave your comment

Please enter comment.
Please enter your name.
Please enter your email address.
Please enter a valid email address.